• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

4,238 Pelajar DUN Jabi Terima Bantuan Persekolahan





Oleh : Hidayah Azlin

JABI, 17 Disember 2018 - Seramai 4,238 pelajar sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu (I-DANA) yang mula diagihkan pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata bantuan ini merupakan usaha kerajaan negeri membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

"Semoga dengan bantuan yang sedikit ini dapat membantu meringankan beban rakyat Terengganu,”katanya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program tersebut di Pusat Agihan bertempat Dewan Sivik Jabi, pagi tadi.

Agihan uniform sekolah  YANG lengkap dan beg sekolah itu berlangsung selama 4 hari dengan tenaga kerja seramai 30 orang bagi melancarkan lagi proses agihan kepada penerima.

Dr Azman menyatakan terima kasih  kepada semua kakitangan Pusat Khidmat Adun Jabi, I-MITS Jabi, Pemuda, Ameerah, Unit Amal, Pengerusi dan Jawatankuasa Majlis Pembangunan Komuniti Kampung serta semua yang bertungkus-lumus mengadakan persiapan program itu.


"Bukan suatu tugas yang mudah untuk menyelesaikan agihan kepada lebih 1,000 penerima sehari.

"Saya berharap anak-anak semua bertambah semangat untuk memulakan sesi baru persekolahan nanti." katanya.


Tag: