lightning-solid
Berita :
44 Sertai "AMBD" Tampung Bekalan Darah Negeri
44 Sertai "AMBD" Tampung Bekalan Darah Negeri
Fahmi Izzuddin Hashim
16 jam yang lepas
73


SETIU, 13 Julai - Program "Amal Mega Blood Donation" peringkat daerah Setiu catat penyertaan 44 orang peserta bagi menambah  tabung bekalan darah negeri.

Pengarah Program AMBD Daerah Setiu, Wan Mohammad Izzuddin Wan Hamzah berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah itu bukan kali pertama diadakan malah telah menjadi program tahunan dan berterusan.



"Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan berjaya menjadi penderma darah pada kali ini.

"Walaupun ada sebilangan yang hadir tetapi tidak lulus atau tidak layak atas beberapa faktor juga sangat dihargai," ujarnya ketika berucap dalam program tersebut.

Program yang diadakan di Dewan Terbuka Masjid Kampung Putera Jaya pada Jumaat lalu itu mensasarkan penyertaan daripada kalangan penduduk setempat dan berdekatan.

Rata-rata penderma ditemui memuji usaha baik ini dalam menambah bekalan darah serta mereka yang memerlukan.


Artikel Berkaitan