• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

720 Penduduk Terima Bantuan Musim Tengkujuh

MARANG, 14 Disember - Bantuan musim tengkujuh pada tahun ini diteruskan lagi dengan 720 penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang bakal menerima manfaatnya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Hasan Awang berkata, sumbangan berbentuk keperluan asas itu bertujuan membantu penerima yang kurang berkemampuan di kampung masing-masing 

"Kita harap dengan sumbangan ini, semua yang layak lebih-lebih lagi masyarakat yang terjejas aktiviti perkerjaannya dapat merasa dan mendapat manfaat daripadanya.

"Selain itu, terdapat juga sumbangan yang diberikan kepada penerima daripada Pejabat Ahli Parlimen Marang, masjid, surau serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan NGO yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan majlis serahan sumbangan musim tengkujuh di dewan pejabat DUN Rhu Rendang semalam.

Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pengerusi Penyelaras MPKK, Safie Adam dan wakil MPKK masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap MPKK akan mengambil tanggungjawab untuk mengagihkan 20 keperluan kepada mereka yang memerlukan di kampung masing-masing.

"Ekoran daripada pandemik COVID-19, dan Prosedur Operasi Standard (SOP), majlis serahan seperti tahun sebelumnya tidak dapat diadakan secara besar-besaran.

"Kita harap MPKK dapat mengenal pasti penerima dan menyerahkan kepada kebijaksanaan mereka untuk mengagihkan sumbangan kepada penerima yang selayaknya," tambahnya lagi.


Tag: