• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Acara Memancing Gamit Suasana Lampau

KUALA NERUS, 22 Julai - Pertandingan memancing di tali air sempena Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) Batu Rakit menggamit suasana kehidupan penduduk kampung seperti dulu kala.

Penduduk kampung, Mohd Yusri Hussein, 45, merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana meraikan komuniti Batu Rakit dengan anjuran program tersebut.

“Acara ini boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan menjadi tradisi kampung sebagai satu acara tahunan.

"Seramai lebih 300 penyertaan penduduk kampung tanpa mengira usia menyertai pertandingan ini," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program tersebut disambut meriah oleh penduduk sekitar.

“Program seperti ini juga menjadi salah satu daripada Karnival TMBS yang sedang berlangsung di Dataran Padang Bola Kg Wakaf Chagak bermula sehingga 24 Julai.

“Kerajaan negeri sekali gus menunjukkan kemampuan merintah dengan penuh kaliber walaupun orang kata tok lebai, tapi hakikatnya mampu buat semua yang orang lain buat," ujarnya.

 


Tag: