• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

ADUN Sediakan Dobi Layan Diri Percuma Bantu Penduduk Terjejas

KUALA NERUS, 3 September - Memahami ramai penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengalami kesukaran akibat bekalan air terjejas, wakil rakyatnya menyediakan dobi layan diri percuma khas untuk digunakan oleh rakyat di sini sepanjang ketiadaan bekalan air bermula Sabtu.

Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau mengambil maklum terhadap aduan dan keluhan rakyat yang mengalami kepayahan untuk membasuh pakaian keluarga masing-masing.

"Insya-Allah, bermula esok pagi (Sabtu) kami akan memulakan khidmat berkenaan yang disediakan secara percuma buat mana-mana mereka yang ingin menggunakannya.

"Jemput datang ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Tepoh selepas ini untuk membasuh pakaian dimana telah diletakkan empat unit mesin basuh automatik," ujarnya melalui facebook rasminya.

Hishamuddin berharap dengan insiatif yang disediakan itu sedikit sebanyak dapat membantu penduduk dalam memudahkan segala urusan mereka sementara kerja membaik pulih paip dasar sungai Tangki Berangan yang pecah dan patah diselesaikan.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato'Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam lawatanya ke lokasi paip dasar Sungai Tangki Berangan semalam berkata proses penggantian paip akan dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat seperti dirancang.


Tag: