• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Agih 500 Kampit Beras Kepada Lima PKM

Oleh: Zamarul Hishyam Mohd Safri

HULU TERENGGANU, 1 Januari - Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) turun padang  mengagihkan 500 paket beras jenis 10KG kepada lima Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) di Terengganu bagi membantu mangsa yang terjejas akibat gelombang ketiga banjir baru-baru ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, pihaknya telah berganding bahu bersama  Team Lasak Kuala Terengganu , Team Iman Care dan Team Maufakat Sejahtera bagi menyantuni mangsa banjir demi membantu mereka yang sedang dalam kesusahan akibat banjir besar tersebut.

Menurutnya, lima PKM  yang bakal menerima sumbangan beras ialah PKM Dun Telemong , PKM Dun Kuala Berang , PKM Dun Bukit Besi , PKM Dun Paka dan PKM Dun Rantau Abang. 

"Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesihatan tubuh badan untuk turut serta dalam mengetuai konvoi misi bantuan banjir Portfolio Kebajikan dan Lujnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu bersama NGO. 

"Saya merasa bangga kerana dengan adanya pasukan NGO ini , kebajikan rakyat dapat diutamakan , Oleh itu saya berharap PKM Dun yang terlibat dapat  menyalurkan bantuan itu kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Dun masing-masing,” ujarnya kepada pemberita. 

Seramai 38 orang sukarelawan NGO  hadir  menjayakan program tersebut , berserta 17 pacuan empat roda  dalam misi pasca banjir kali ini.
 


Tag: