• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Ahli Parlimen Dungun Jumpa PDTD Bincang Isu Tanah

DUNGUN, 8 Januari - Ahli Parlimen Dungun mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Dungun bagi membincangkan isu tanah yang membelenggu rakyat di daerah terbabit.

Wan Hassan Mohd Ramli yang mengetuai kunjungan berkenaan berkata kunjungan tersebut lebih kepada membina hubungan dan kerjasama antara PAS Kawasan Dungun dan dua agensi Kerajaan Negeri Terengganu bersama Pejabat Daerah dan Tanah Dungun.

"Pertemuan bersama Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim dan Pegawai Pentadbir Tanah Daerah Dungun membincangkan isu berkaitan tanah dan cadangan untuk membangunkan tanah di Daerah Dungun," katanya.

Beliau juga Yang Dipertua PAS Dungun berkata demikian menerusi hantaran 'facebook'nya di sini, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan itu adalah PAS Dungun, UPDI Daerah Dungun dan I-MITS Parlimen Dungun

Menurut Wan Hassan, beliau juga berbincang beberapa isu yang penting iaitu isu bayaran tanah premium, isu pelancongan di Dungun dan isu tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).

"Insya-Allah selepas ini jika ada apa-apa isu yang timbul berkaitan dengan tanah, kita akan rujuk semula kepada pihak Penguran Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Dungun. Pihak mereka sedia menerima aduan dari rakyat Dungun.

"Semoga dengan kunjungan ini, dapat membuahkan hasil yang lebih baik demi memastikan kesejahteraan rakyat di Daerah Dungun," jelasnya.


Tag: