• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Ahmad Razif Menjunjung Setinggi Kasih Kepada Sultan Terengganu

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas pengurniaan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.

Ahmad Razif berkata,  penganugerahan itu juga merupakan pengiktirafan besar kepada rakyat  Terengganu.

"Pengurniaan oleh Baginda ini  mewujudkan kekuatan kepada dirinya dan juga kepada rakyat Terengganu itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas Kali Ke-37 dan Anugerah Sarjana Terengganu 2016 Yayasan Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, petang tadi.

Pengurniaan kembali darjah kebesaran itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

Tag: