• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Ahmad Samsuri Wakili Pas Pertemuan PN di KL, Malam Esok

BESUT, 20 Julai - Gabungan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan secara formal di ibu negara pada malam esok bagi tujuan perundingan antara PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Naib Presiden Pas, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengesahkan pertemuan itu antara lain akan membincangkan soal pembahagian kerusi di samping gerak kerja dan persiapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya. 

"Malam ini tiada mesyuarat… malam esok baru ada mesyuarat di Kuala Lumpur… Ya, pertemuan tiga parti. 

"Pas diketuai saya selaku Naib Presiden dan pemimpin parti lain," katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan. 

Terdahulu beliau hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perumahan Mampu Milik & Bercampur dan melancarkan rumah patuh syariah atau Rumah Darul Iman (Rahman) di Dendong, Tembila, Besut di sini hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan PN akan memaklumkan kepada pihak media butiran mengenai pertemuan itu selepas perbincangan di antara mereka selesai. 

"Bagi suasana tenang dan aman dulu sebelum kami bermesyuarat," katanya. 


Tag: