RPMM Tok Jembal Siap 95 Peratus, Bakal Diserah Kepada Penerima
Oleh : Haida Al-Ayyash
KUALA NERUS, 24 November - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) optimis menampilkan pendekatan dakwah yang lebih segar dan kontemporari buat rakyat negeri ini berbanding penggal sebelumnya.
Pengarah Akademi DUAT, Ustaz Mohd Zulkhairi Ngah berkata, ianya bertepatan sepertimana hasrat penubuhan DUAT oleh kerajaan negeri yang mana salah satunya membudayakan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau, pihaknya nekad memperbaiki ‘alignment’ kelompangan yang ada di dalam DUAT demi menyahut seruan Menteri Besar Terengganu yang mahu 'memandu' negeri terus ke 'gear' tiga.
“Kita (DUAT) juga sama, bergerak bukan sahaja pada 'gear' tiga, tetapi ekspres dan agresif namun dalam masa yang sama juga tidak mahu keciciran di tengah jalan lantaran proses "realignment" tayar tidak diperbaiki terlebih dahulu.
“Dek kerana itulah, kita adakan Pelan Perancangan Strategik dan Pemantapan Akademi DUAT bagi Tahun 2023-2026 ini yang menglibatkan kakitangan DUAT demi kelangsungan dakwah yang berimpak tinggi buat semua kategori rakyat di negeri ini,” ucapnya bersempena Majlis Perasmian Penutup Bengkel, dekat sini, semalam.
Turut hadir dalam menjayakan bengkel ini yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ialah Timbalan Pengarah Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS), Zulhilmi Abd Rahman.
Tambah beliau lagi, beberapa pembaharuan dan strategi pelaksanaan program dan aktiviti Akademi DUAT telah diformulasikan dan dirancang ke arah memperkasakan usaha Islamisasi negeri Darul Iman.
Justeru itu, bagi mencapai keberkesanan perlaksanaan proses tersebut, setiap DUN di Terengganu ditempatkan seorang pegawai DUAT yang berperanan menghidupkan komuniti setempat dengan kefahaman dan penghayatan Islam yang lebih komprehensif.