• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

AKRAB, MAIDAM Santuni 100 Murid Sambut Aidilfitri

KUALA TERENGGANU, 16 April - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyantuni 100 orang murid tidak berkemampuan sempena sambutan Aidilfitri  tidak lama lagi. 

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, berkata program tersebut yang juga mendapat kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) melibatkan murid-murid kurang berkemampuan dari dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Marang.

“MAIDAM telah menyumbang RM300  dan ibu bapa angkat yang dipilih akan bawa anak-anak ini berbelanja apa yang dia orang nak beli di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus.

“Sebelum ini, kita juga anjurkan Program “Back To School” bagi menyantuni 100 orang murid membeli pelbagai peralatan sekolah bagi memulakan sesi persekolahan baharu tahun 2023 bagi meringankan golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas merasmikan Projek baju Raya Di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir,    Pengerusi Puspanita Cawangan Terengganu.To’ Puan Nor Zaini Abd. Latiff, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin  Adnan. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Anuar Awang) dan  Pengerusi AKRAB, Zuwislan Awang 

Sejurus majlis perasmian, ibu bapa angkat mengiringi anak-anak angkat ke pasar raya berkenaan seterusnya memilih sendiri pakaian raya yang diperlukan.

Sementara itu, Tengku Seri Bijaya berkata selain membantu golongan tidak berkemampuan, penubuhan AKRAB sebenarnya bertujuan sebagai rakan pembimbing kepada penjawat awam yang mempunyai masalah.

“Sekarang ni semua tahu keadaan kita bekerja hari ini, ada kakitangan kita terlibat dengan masalah mental  dan kesihatan fizikal  di tempat kerja.

“Jadi AKRAB bertindak sebagai kaunselor atau pembinmbing kepada mereka yang punyai masalah  berkaitan dengan mental contohnya tekanan di tempat kerja atau lain-lain bagi kakitangan ini keluar dari belenggu tersebut,”ujarnya,