KUALA TERENGGANU, 12 Oktober – Beberapa daerah di Terengganu dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini berdasarkan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3 petang tadi.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat, dinasihatkan supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca buruk dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.