• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Anak Muda Pilih Calon Berbanding Parti

KUALA TERENGGANU, 9 November – Keperibadian seseorang calon menjadi keutamaan anak muda dalam memilih pemimpin berbanding daripada melihat sesuatu parti.

Imran Muhamad, 25, berkata calon Perikatan Nasional (PN) di Terengganu dilihat kesemuanya mempunyai jati diri yang baik, pengalaman dan ilmu luas dalam pemerintahan.

“Anak muda perlulah keluar mengundi bagi memastikan kepimpinan negara dipegang oleh pemimpin yang telus dan berwibawa.

“Oleh kerana, tanggungjawab mengundi merupakan perkara penting yang akan mempengaruhi masa depan negara dan generasi akan datang dalam jangka masa yang panjang,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di sekitar Pasaraya Kuala Terengganu City Centre (KTCC) semalam.

Sementara itu, Afifah Nasir, 25, berkata inilah masanya untuk memilih dan menentukan hala tuju kepimpinan negara memandangkan pelbagai isu yang melanda negara pada saat ini.

“Jadi inilah peluang terbaik untuk anak muda terbabit aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara," katanya.

Dia berkata pertambahan jumlah pemilih menjadikan kumpulan pengundi baharu serta kehadiran mereka mampu mengubah senario politik semasa negara.

 

 

 

 


Tag: