• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Anak Muda Terengganu Wakili Malaysia Di Rusia


KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Anak jati Batu Rakit, Che Wan Mohamad Amierwan Che Wan Md Amin akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Skills di Kazan, Rusia pada 22 hingga 27 Ogos nanti.

Kejohanan yang dibahagikan kepada 56 kemahiran itu menyaksikan Mohamad Amierwan bakal bertanding dalam acara ‘Wall and Floor Tiling’.

Dalam acara tersebut, beliau akan berentap dengan lebih 1,400 profesional muda dari 60 negara di seluruh dunia.

Pertandingan dwitahunan itu merentasi pelbagai industri kemahiran sama ada bengkel, seni pakaian, hiasan diri, elektronik dan pembinaan.

Ia juga bertujuan menyediakan bakat-bakat baharu dalam sektor industri, kerajaan dan pendidikan.

Bahkan turut memberi inspirasi kepada anak muda untuk mendedikasikan diri mereka kepada kerjaya teknikal dan teknologi serta membina masa depan yang lebih baik.






Tag: