• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Anugerah Emas : Tahniah Pasukan Inovasi Imtiaz Dungun



KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Inovasi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun kerana berjaya mendapat 'Special Prize for The Best Innovation Gold Award' sempena World Invention Creativity Olympic 2019 (WICO) di Setec, Seoul, Korea Selatan semalam.

Ucapan itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Wan Hapandi Wan Nik di status Facebook beliau pagi ini.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Inovasi SM Imtiaz YT Dungun yang berjaya mendapat Special Prize for The Best Innovation “Gold Award” sempena World Invention Creativity Olympic 2019 (WICO) bertempat di Setec, Seoul, Korea Selatan.
"Kepada anak solehah pintar Wan Nur Insyirah Wan Mansor, Adeeba Maisarah  Anuar, Farhain  Mohd Mustapa dan semua yang terlibat, anda telah mengharumkan nama negara dan juga nama Terengganu," ujarnya.

Beliau mengharapkan agar mereka terus maju ke hadapan untuk membawa lebih banyak pencapaian di peringkat antarabangsa dan menjadi contoh kepada orang lain.

Tag: