• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Asnaf Perumahan Maidam Disantuni Kembara Merdeka TCCT


KUALA NERUS, 3 September - Kelab Basikal Tepoh Cakna Cycling Team (TCCT) yang baharu dilancarkan baru-baru ini telah memulakan langkah awal dalam aktiviti kemasyarakatan apabila menyantuni semua wakil keluarga asnaf yang tinggal di kawasan Taman Perumahan MAIDAM di Jalan Wakaf Sharif, Padang Nenas.

Penaung Kelab TCCT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, aktiviti yang dilakukan bersama Kembara Merdeka TCCT itu sesuai dengan teras atau matlamat penubuhan kelab.

“Kelab basikal TCCT ditubuhkan berpaksikan kepada ‘cakna’. Terasnya kebajikan dan keprihatinan. Menelusuri jalan-jalan di pendalaman untuk mendekati warga yang memerlukan secara lebih dekat. Itulah hasratnya. Semoga ia dipermudahkan untuk direalisasikan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh.

Dalam aktiviti terbabit seramai 40 wakil keluarga disantuni dan diberikan sumbangan dalam satu majlis ringkas ketika Kembara Merdeka membuat persinggahan di perkarangan taman perumahan tersebut.

Program yang dianjurkan secara bersama Jabatan Penerangan Negeri Terengganu melalui program Merdeka @ Komuniti mendapat sambutan luar biasa semua lapisan masyarakat.

Sumbangan disampaikan oleh Syed Ahmad Saifuddin Syed Muhammad atau lebih dikenali dengan Ku Adik yang turut sama menyertai Kembara Merdeka dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Nerus, Nor Emylia Lot.


Tag: