• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Atlet Terengganu Terima RM44,500 Insentif SWARA, SHAKE

KUALA NERUS, 24 Oktober - Kerajaan Negeri menyampaikan insentif berjumlah RM44,500 kepada 17 atlet serta dua pegawai dari Terengganu yang mewakili negara pada Temasya Sukan Asia Hangzhou, China 2023, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebanyak dua jenis insentif disampaikan kepada semua atlet dan pegawai terlibat.

"Penyampaian Skim Wakili Negara (SWARA) berjumlah RM28,500 telah kepada sebahagian atlet yang hadir hari ini.

Dari jumlah 32 pingat yang berjaya dibawa pulang oleh Kontinjen Malaysia, empat orang atlet Terengganu iaitu Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisham (gimnastik), Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudden (pelayaran), Azreen Nabila Alias (olahraga) dan Mohamad Syafiq Md Ariffin (memanah), masing-masing menyumbang pingat gangsa.

Ini melayakkan mereka menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) berjumlah RM16,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan tersebut di Ar Riyadah Residence, hari ini.

Hadir sama, timbalannya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya.

 

 

 

 

 

 


Tag: