• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

ATM Bantu Mangsa Banjir Pulang Kediaman Dungun

DUNGUN, 20 Disember - Seramai dua pegawai dan 25 anggota lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu mangsa banjir pulang rumah di sekitar Kampung Pelandang, Dungun pada hari ini.

Kesemua mangsa yang dihantar pulang itu merupakan mereka daripada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pelandang dimana PPS tersebut ditutup secara rasminya pada jam 12.00 tengahari tadi. 

Pemindahan mangsa ini diketuai oleh Leftenan (LT) Muda Mohd Hafiz Hakim Abd Ghani bersama anggota 18 RAMD PARA yang telah diatur gerakkan ke Daerah Dungun sejak 15 Disember lalu.

Kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada Op MURNI yang dilaksanakan oleh Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para yang berpangkalan di Kem Seri Pantai, Kuala Nerus.

Mereka telah melaksanakan bantuan pemindahan mangsa banjir di kawasan yang tidak boleh dimasuki kerana paras air yang tinggi dengan menggunakan bot yang disediakan oleh ATM.

Meskipun semua PPS di Terengganu telah ditutup namun pasukan 18 RAMD PARA akan ditempatkan di Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Bersama aset perairan bagi bersiap sedia menghadapi gelombang yang akan datang.

 


Tag: