• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Bajet  2018:  Terengganu Rekodkan 876 Kekosongan Jawatan Imam dan Bilal



Sebanyak 876 jawatan imam dan bilal di masjid kerajaan masih belum diisi disebabkan calon temu duga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata dua faktor utama yang menyebabkan calon gagal dipilih adalah kerana tidak melepasi syarat asas dan berada di luar di kawasan mukim.

“Kesalahan semasa temuduga yang kita adakan adalah tidak menempati ciri-ciri seorang imam misalnya dari segi bacaan al -Quran, fardhu ain dan kifayah walaupun mempunyai minat untuk menjadi imam atau bilal’.
“Faktor kedua ialah calon memenuhi syarat tetapi berada di luar kawasan mukim yang kita tempatkan kerana mereka tidak mahu ke tempat yang sepatutnya mereka dihantar dan kita terpaksa cari anak mukim, ini yang jadi persoalan kenapa kesukaran kita untuk memenuhi sasaran kita mempunyai tiga imam tiga bilal di setiap masjid,” katanya ketika menjawab soalan Satipul Bahri Mamat (Pas – Paka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 (Bajet) hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri akan mengadakan sesi temuduga terbaru dengan mengadakan beberapa penambahbaikan bagi mengisi kekosongan jawatan imam dan bilal.

‘’Insyaallah kita akan adakan sesi temuduga dan kelemahan akan diperbaiki dengan mengadakan beberapa strategi untuk atasi seperti diberi latihan untuk membolehkan golongan yang berminat yang bersungguh tetapi menpunyai halangan dari segi keupayaan mereka dalam menguasai termasuk ilmu fardu ain dan kifayah’.
‘Gaji imam dan bilal di masjid kerajaan perlu dikaji semula untuk menarik minat mereka melihat jawatan ini yang kekal sebagai sumber pendapatan insyaallah pihak kerajaan akan kaji mengikut kesusaian iaitu (dan mungkin) skim baru buleh dipertimbangkan’ tambahnya lagi. – www.Terengganu.news

Tag: