• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

BAJET 2022 : Terengganu Umum i-Fitri, Bantuan Raya Bernilai RM400

KUALA TERENGGANU, 15 November - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2022 Terengganu Darul Iman, hari ini mengumumkan i-Fitri, iaitu bantuan sempena perayaan bernilai RM400 kepada rakyat Terengganu yang layak.

Jelasnya, bantuan berkenaan akan disalurkan menjelang hari raya nanti.

"Bantuan ini akan disalurkan kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

"Usaha ini diharapkan dapat menyokong kewangan kesemua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan," katanya.

 


Tag: