• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Banjir di Terengganu, 22 Sekolah Ditutup

KUALA TERENGGANU, 21 November - Sebanyak 22 sekolah membabitkan empat daerah ditutup sementara akibat banjir termasuk ada diantaranya dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman @ Abdullah berkata, 13 sekolah terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh. SK Losong, SK Kampung Bukit Chendering, SK Bt Bayas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan SMA Sheikh Abdul Malek

Katanya, sembilan  sekolah yang dijadikan PPS  ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek di daerah Kuala Terengganu, empat sekolah di Kuala Nerus iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal, manakala di Marang hanya melibatkan SK Bukit Gasing.

“Pihak Jabatan mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir agar mengambil cuti bencana.

“Begitu juga dengan sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai PPS dan menempatkan jumlah mangsa banjir yang ramai serta  menggunakan  bilik darjah yang banyak…mereka perlu mohon cuti bencana,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Azman lagi,kesemua murid dan pelajar akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR

"Sekolah akan dibuka semula apabila banjir pulih selepas mendapat nasihat daripada agensi berkaitan," katanya.