• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Banjir : MB Minta Rakyat Ambil Langkah Berjaga-jaga

KUALA TERENGGANU, 8 November – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi bencana banjir.

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri bersama-sama agensi terlibat telah menggerakkan persiapan lebih awal hingga peringkat komuniti bagi tujuan tersebut.

"Kami telah mendengar taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkaitan persiapan banjir.

“Apa yang penting setiap kelompok masyarakat terutama rumah mereka yang berada di tepi sungai dan tempat yang sentiasa dinaiki banjir.

“Mereka haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dan keutamaan anak-anak mestilah sentiasa dalam pengetahuan ibu bapa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Underwater Photography Awards 2023 bertempat di Dewan Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November 2023 dan sehingga Mac 2024.

Katanya, sepanjang tempoh itu, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: