Banjir : Satu PPS dibuka di DUN Langkap

SETIU, 15 - Disember - Seramai lapan orang daripada tiga keluarga yang menjadi mangsa banjir di DUN Langkap telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 9 malam tadi susulan hujan lebat sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Seri Kenangan, Abdullah Manaf memaklumkan kesemua mereka berlindung di PPS Surau Mak Bakas. 

Mangsa banjir, Che Daud berkata dia sememangnya menjangkakan banjir akan berlaku selepas hujan berterusan.

“Sewaktu hujan lebat bermula petang semalam, saya memang berasa tidak sedap hati kerana bimbang dilanda banjir.

“Sangkaan itu benar apabila kediaman saya mula dinaiki air sejak petang dan terpaksa berpindah ke PPS” katanya ketika dihubungi wartawan.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bacaan Sungai Nerus di Kampung Langkap berada di paras 21.03 meter (m) melepasi paras bahaya 21.0 m.


Tag: