• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Banjir Terengganu: KPDN Sedia 6,000 Stok Makanan Melalui Food Bank

HULU TERENGGANU, 27 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Terengganu (KPDN) melalui sekretariat food bank Malaysia menyediakan 6,000 stok bekalan makanan untuk  diagihkan kepada mangsa banjir di daerah terjejas di negeri ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata,pengagihan sumbangan berdasarkan maklumat diperoleh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri.

"Kita memilih kawasan terjejas banjir mengikut keperluan makanan yang diperlukan dan hari ini tiga lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) yang terpilih adalah PPS SMK Menerong, PPS SK Menerong dan PPS Masjid Kampung Menerong.

"Serahan  barangan makanan bernilai RM11, 000 kepada mangsa  banjir di tiga PPS ini melibatkan seramai 721 orang mangsa daripada 186 keluarga,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan 'Food Bank' kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di sini hari ini.

Tambah beliau, sedikit kelainan pada sumbangan food bank oleh KPDN adalah mangsa banjir boleh menikmati hidangan selain nasi di PPS. 

"Terdapat bubur segera, 'Roats Palate Rendang Lamb', Gardenia Numee, Mamee yang boleh disediakan tanpa mengambil masa yang lama,"ujarnya.


 


Tag: