• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Baru 50 Peratus Keluar Mengundi di Terengganu

KUALA NERUS, 12 Ogos - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat jam 1 petang di Terengganu merekodkan 50 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu mencatat jumlah peratusan keluar mengundi paling tinggi setakat ini berbanding lima negeri lain yang mengadakan pilihanraya serentak hari ini.

Katanya, iaitu di Kelantan (40%), Kedah (49%), Selangor (44%) Pulau Pinang (42%) dan Negeri Sembilan (46%).

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula mencatat peratusan keluar mengundi sebanyak 47 peratus setakat jam 1 petang.

Maklumat diperolehi berdasarkan kenyataan media di Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia pada hari ini.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Berdasarkan tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman, cuaca di kebanyakan kawasan di Terengganu dilaporkan cerah dan baik.

Kebanyakan pengundi di beberapa tempat negeri ini memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.