• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Beri 90 Hari Cuti Bersalin Langkah tepat

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Melalui Rang Undang-Undang (RUU) Kerja (Pindaan) 2021yang dibentangkan diputuskan kerajaan untuk memberi cuti bersalin kepada 90 hari berbanding hanya 60 hari sebelum ini merupakan suatu langkah tepat bagi menjaga kebajikan pekerja wanita di negara ini.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata sewajarnya ia disokong dan disambut baik oleh seluruh rakyat.

“Hal ini kerana cuti bersalin jelas sekali memberi impak yang besar kepada pembentukan sesebuah keluarga, sekaligus mengurangkan kegusaran golongan wanita untuk bersama-sama berkecimpung dalam apa jua bidang pekerjaan. 

“Namun begitu, yang menjadi kebimbangan saya ialah berkenaan sesetengah majikan yang mendiskriminasi golongan wanita disebabkan pemberian cuti bersalin yang agak panjang . Ini kerana sesetengah majikan lebih cenderung untuk memilih pekerja lelaki berbanding wanita kerana beralasan bahawa pekerja wanita diberi cuti bersalin yang lama.

"Adalah perlu untuk kerajaan memastikan diskriminasi pekerja wanita tidak akan berlaku walaupun setelah pindaan akta dilaksanakan selain serta memastikan akta ini turut perlu memasukan denda terhadap majikan yang memotong gaji ataupun tidak membayar gaji pekerja yang bercuti melebihi 60 hari. Hal ini kerana,terdapat kes dimana pekerja wanita diberi cuti bersalin tetapi gajinya  tidak dibayar terutamanya di sektor swasta.”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang- undang (RUU) Kerja di persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu beliau juga menyentuh berkaitan Fasal 36 berhubung kewajipan majikan untuk mempamerkan notis bagi meningkatkan kesedaran terhadap kesedaran gangguan seksual. Isu ini amat kerap berlaku dalam kalangan pekerja kerana apabila ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa itu adalah merupakan gangguan seksual.

“Namun ramai dalam kalangan masyarakat hari ini, wanita khususnya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap masalah tersebut. Malah kebanyakan mangsa lebih memilih untuk memendam rasa dan hanya berkongsi luahan kepada orang terdekat. 

“Saya berpendapat untuk mempamerkan notis ini adalah langkah yang tepat bagi memastikan hak pekerja dilindungi dan sekaligus isu ini dapat dibendung, "tegasnya.


Tag: