• 26 Nov 2020 | 10 Rabiul Akhir 1442

Bersama Hayati Bulan Kemerdekaan

DUNGUN, 26 Ogos- Seluruh masyarakat terutamanya penduduk Bukit Besi diharap agar menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan pengertian yang sebenar serta melakukan perubahan ke arah positif.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya bagi memastikan masyarakat hidup dalam keadaan lebih baik dan sejahtera.

"Bukan sekadar memahami dan menyambutnya dengan mengibarkan bendera semata-mata, di samping mengenangkan jasa pejuang terdahulu yang telah bersusah payah membebaskan negara daripa cengkaman musuh, perlu juga melakukan perubahan didalam diri serta minda supaya tidak terikut dengan budaya dari barat yang merugikan agama, bangsa dan negara

"Sebaliknya kembali menghayati ajaran Islam serta mengikut segala panduan yang telah disyariatkan didalam Islam serta meninggalkan segala perkara yang dilarang juga kembali melihat bahawa kehidupan yang dianjurkan oleh Islam sangat baik," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dtemui pihak media, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, semalam.

Katanya, pelbagai kaedah dan cara dizahirkan oleh masyarakat untuk tonjolkan perasaan cinta kepada negara.

"Diantara perkara lazim yang dilakukan adalah menghiaskan rumah dengan bendera Jalur Gemilang, serta meletakkannya pada kenderaan mengambarkan jiwa patriotik. Semoga ianya difahami dengan sebaiknya terutama generasi muda, perlu menunjukkan kecintaan yang tiada berbelah bahagi terhadap tanahai tercinta, tidak mahu negara dijajah lagi.

"Dimana sekarang ini peperangan bukan lagi berlaku secara fizikal tetapi serangan dari sudut pemikiran. Jika tidak sensitif dan tidak berhati-hati senang negara dijajah oleh agenda musuh akhirnya negara tergadai. Justeru berpegang kembali dengan ajaran Islam yang syumul," ujarnya.


Tag: