• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Bicara Petisyen PRU15 Parlimen Marang Bersambung 17 April

KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Perbicaraan kes petisyen Pilihan Raya Umum ke15 (PRU-15) membabitkan Parlimen Marang akan bersambung semula pada 17 April nanti.

Peguam responden, Mohd Faizi Che Abu menyatakan bahawa proses mendengar keterangan daripada semua saksi telah selesai sepenuhnya hari ini.

Peguam Responden, Mohd Faizi Che Abu yang baru keluar dari bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu.

"Hari ini tutup kes bagi keterangan saksi, maksudnya semua pihak responden dan pempetisyen telah pun selesai panggil saksi.

"Mahkamah akan tetapkan satu keputusan kes iaitu 17 April 2023, sebelum mahkamah memberikan peluang kepada para peguam untuk berhujah," katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini.

Menurut beliau, pada tarikh tersebut pengurusan kes ingin melihat nota keterangan bagi tujuan untuk melengkapkan perbicaraan.

Faizi turut menjelaskan bahawa sebelum ini tiga saksi melibatkan wakil rakyat telah dipanggil.

"Sulaiman Sulong (ADUN Pengkalan Berangan), Ariffin Deraman (ADUN Alur Limbat) dan Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payung), ketiga-tiga mereka telah dilepaskan oleh mahkamah.

"Selepas ini sudah tidak ada lagi perbicaraan saksi, hanya berhujah sahaja," jelasnya.

Pada Januari lalu, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman


Tag: