• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Bantuan Kehilangan Pekerjaan( BKP) akan mula diberikan secara one-off bermula pada hari ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan Keluarga Malaysia berada dalam keadaan sejahtera setelah mengharungi detik sukar dalam kehidupan akibat Pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 870,000 akan menerima manfaat bantuan sebanyak RM500 yang membabitkan individu hilang sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

"Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas mengenai semakan status kelululusan bantuan berkenaan, Ismail berkata ia boleh disemak melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk mengetahu maklumat terperinci, penerima juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimunat naik di portal tersebut.

 


Tag: