Borong Kuih Muih Bazar Ramadan Beri Kepada orang Ramai

SETIU, 21 April – Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir mengambil kesempatan sepanjang Ramadan untuk menyantuni pengunjung di seluruh bazar Ramadan yang ada di parlimen Setiu dan memborong segala kuih muih serta juadah untuk berbuka buasa bagi diagihkan kepada orang ramai.

Katanya, selain dapat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ia juga dapat membantu para peniaga di bazar terbabit yang baru sahaja mula bangkit setelah ia mula dibenarkan beroperasi seperti sedia kala pada tahun ini.

"Alhamdulillah, dengan kebenaran untuk mereka berniaga ini dapat membantu para peniaga kecil ini setelah dua tahun tidak dapat berniaga di bazar Ramadan.

“Saya akan pergi ke seluruh bazar yang ada untuk saya lawati dan bertemu dengan rakyat setakat ini yang telah saya pergi adalah di Wakaf Tengah, Sungai tarom, Kampung Bintang, Jabi, Telaga papan, Penarik,"ujarnya ketika ditemui Urus Setia penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, baru-baru ini.

tahun ini.”


Tag: