• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Chicken Cottage Terengganu Lebih Sedap

Ariffin Deraman (kiri), Exco Kerajaan Terengganu bersama isteri (kanan) menikmati hidangan Chicken Cottage di UK. "Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" Kata Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan)
UNITED KINGDOM, 7 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rasa menu hidangan Chicken Cottage di Terengganu lebih sedap berbanding di sini.

Bagaimanapun beliau sedang mencari idea untuk menyusun kembali  perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih  berjaya dari United Kingdom.

"Sambil menikmati kelazatannya dalam cuaca yang sejuk ini, cari juga idea untuk menyusun kembali perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih berjaya seperti di UK,"

"Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" tulis beliau dalam status Facebook 5 November.

Menu terbaru Chicken Cottage Kuala Terengganu ialah Ayam 'Sweet & Spicy Grill'.
Beliau serta rombongannya mengadakan lawatan sambil kerja di sini termasuk meninjau perkembangan perniagaan Chicken Cottage di sini.

Sebelum ini beliau mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama Chicken Cottage di sini 4 November.

Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu tersergam indah.
Sementara itu tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati kurangnya sambutan pelanggan terhadap makanan segera di restoran tersebut.

Ia mungkin disebabkan faktor lokasi dan promosi yang tidak meluas sebagaimana perniagaan berteraskan makanan segera lain di daerah berkenaan.



Tag: