• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Colek Kaki Ayam Murni Jadi Tumpuan Ramai

MARANG, 23 Februari - Colek kaki ayam yang menjadi menu istimewa di Warung Mee Sup Cik Murni, Kampung Bukit Kulim mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.

Pemilik kedai, Norazlimah Malik, 35, berkata, usahanya kini mula membuahkan hasil selepas ramai pengunjung menggemari menu tersebut.

Katanya, dia membuka perniagaan tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan bagi menyara keluarga.

"Alhamdulillah, setelah lima bulan kami beroperasi, kini menu ini sangat mendapat sambutan daripada pelanggan. 

"Purata jualan untuk set kaki ayam ini lebih kurang dalam 80 hingga 100 pek sehari sama ada makan di kedai mahupun bungkus," jelasnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.

Meja Warung Mee Sup Cik Murni yang dipenuhi pelanggan.

Norazlimah atau lebih dikenali Murni, turut menjelaskan bahawa terdapat juga menu-menu lain selain daripada colek kaki ayam itu

"Selain daripada colek kaki ayam, kita juga menyediakan menu-menu lain seperti masakan panas dan juga mi celup pelbagai jenis," ujarnya lagi.

Kedai makan yang diberi nama Warung Mee Sup Cik Murni itu beroperasi dari jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam dan ditutup setiap hari Isnin.