• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

COVID-19 : YPUT Sedia RM4 Juta Bantu Peniaga



KUALA TERENGGANU, 13 April- Kerajaan negeri melalui Tabung Pemulihan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) menyediakan  peruntukan RM 4 juta bagi membantu lebih  80,000 peniaga di negeri ini yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, apa yang disediakan itu atas saranan Perdana Menteri yang mewujudkan Pakej Prihatin PKS bagi membantu golongan usahawan di seluruh negara.

Katanya, di Terengganu, pihaknya merekodkan hampir 80 peniaga  yang berdaftar di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Persatuan Peniaga Kecil dan Sederhana  di kesan terjejas.

“Oleh itu, kerajaan negeri melalui YPUT mengambil cakna  dengan menyediakan beberapa insentif khas, termasuk mewujudkan Tabung Permulihan PKS, Bazar Online dan jualan produk sejuk beku dengan kerjasama pemilik laman facebook KUTERER (Kuala Terengganu Residen) yang memiliki lebih 100,000 pengikut.

“Mereka yang terjejas wajar dibantu bertujuan meringankan beban membayar  sewa bangunan , upah pekerja dan sebagainya. Sekiranya bangunan itu milik kerajaan, risikonya agak rendah kerana pihaknya sudah mengeluarkan surat bayaran penangguhan bagi April dan Mei,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung melalui TV Darul Iman, hari ini.

Menurutnya, mereka yang terjejas boleh membuat permohonan bantuan Tabung Pumulihan PKS melalui laman web www.ypu. com.my atau facebook Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) yang diperkenalkan mulai awal April lalu.

“Sehingga hari ini hanya 180 peniaga yang berbuat demikian dan pihak kami mengalu-alukan lebih ramai peniaga yang terjejas  segera berbuat demikian.

“Setiap permohonan akan segera diproses dan  berkemungkinan hanya mengambil masa sebulan untuk dilluluskan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan,”katanya.



Tag: