• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 15 November - Dakwaan Malaysia Chinese Associate (MCA) yang mengatakan bahawa mereka yang membuat kerja dalam mendapatkan peruntukan membaiki pintu gerbang di Kampung Cina di sini adalah tidak benar

Calon Parlimen Kuala Terengganu daripada PN-PAS, Dato’ Amzad Hashim berkata beliau berasa amat terkilan dengan kenyataan tersebut.

Katanya, Dewan Perhimpunan Tiong Hua sendiri yang meminta bantuan kepadanya untuk membina pintu gerbang tersebut.

“Susulan itu, saya telah menghubungi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM120,000.

“Setelah itu, MOTAC telah meluluskan permohonan tersebut serta dalam surat rasmi juga menunjukkan bahawa merujuk kepada diri saya yang menguruskan semua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Pengundian Awal bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu di sini hari ini.

Tambah Amzad, jika MCA mempunyai bukti kukuh yang mendakwa mereka yang membaiki pintu gerbang tersebut diminta untuk tunjukkan bukti.

Beliau berkata, semua bukti ada padanya dan telah dimuat naik di laman Facebook miliknya.

"Bukan pintu gerbang sahaja yang dibantu oleh saya dalam berkhidmat untuk kaum Cina bahkan banyak lagi dan pelbagai inisiatif bantuan telah diberikan kepada golongan tersebut.

"Begitu juga pembinaan semula masjid Sultan Ismail di Chendering, ia atas usaha saya sendiri yang meminta bantuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu dan telah diluluskan sebanyak RM1 Juta," katanya.

Di samping, masjid itu juga telah mendapat anugerah masjid terbaik untuk seluruh negeri Terengganu semasa sambutan maal hijrah baru-baru ini.

 

 

 

 


Tag: