• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Dari Kerteh ke Kuala Terengganu Rai Ambang Merdeka

KUALA TERENGGANU, 1 September – Satu keluarga berbangsa India yang menetap di Kerteh, Paka selama hampir 12 tahun teruja meraikan Sambutan Ambang Kemerdekaan di dataran Muara Utara KTCC, di sini kelmarin.

Nicholas Raj A/L Anthony dan isterinya, Jessica Kaur menyatakan kegembiraan dengan membawa tiga anaknya turut menyertai acara itu.

“Saya tiba di sini pada jam 11.30 malam, jalan sesak kerana ramai ingin menyambut Ambang Kemerdekaan yang ke-65 ini namun kami ‘happy’ sempat juga raikan.

“Kami menetap di sini sejak saya mula bekerja dengan syarikat minyak di Kerteh, Terengganu sebuah negeri yang sejahtera,” katanya Ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Beliau turut berkata, berada dalam komuniti Melayu tidak sedikitpun membuatkan keluarga mereka janggal kerana mendapat layanan yang sama.

“Tempat kerja saya, hanya saya sahaja India. Anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rantau juga seorang sahaja India begitu juga di taman perumahan.

“Tapi rakyat Terengganu bergaul dengan kami sama saja, bahkan ‘extra care’ terhadap kami. Terengganu sebuah negeri yang aman,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-65 bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat.


Tag: