• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Dr Sam Layak Jadi Perdana Menteri – Tun M

KEMAMAN, 1 Disember – “Dr Sam dah memang layak jadi Perdana Menteri,” ujar Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata calon Parti Islam Se-malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempunyai keperibadian yang lengkap sebagai seorang pemimpin tertinggi.

Katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Kemaman agar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember bagi mengubah nasib negara.

"Walaupun saya bukan ahli PAS mahupun Bersatu namun saya menyokong penuh perjuangan kedua-dua parti tersebut.

"Nasib kita diselesaikan dengan mudah sahaja yang tidak memerlukan peperangan seperti di negara lain iaitu cuma keluar mengundi sahaja.

"Sekiranya kita tidak keluar mengundi seperti seolah-olah kita tidak mempedulikan nasib negara kita," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana ‘Grand Finale’ PRK P.040 Parlimen Kemaman di Padang Astaka Chukai di sini malam ini.

Tambah Tun Dr Mahathir, walaupun pilihan raya ini bukan menentukan kerajaan namun kita ingin menunjukkan kepada umum bahawa rakyat Malaysia ingin memilih parti yang baik menjadi kerajaan.

Tambahnya, ia berikutan kerajaan yang ada sekarang bukanlah berjuang untuk bangsa, agama dan negara tetapi berjuang untuk mendapat tempat sebagai Perdana Menteri.

"Tiada satu pun yang dilakukan selama 365 hari beliau menjadi Perdana Menteri melainkan ucapan yang dapat kita dilihat di sidang media, akhbar dan lain-lain.

"Namun segalanya ucapannya itu adalah perbohongan dan tidak ada satu pun tindakan yang dilaksanakan beliau.

Tun Dr Mahathir berkata pilihan raya ini peluang bagi rakyat untuk menunjukkan pendirian bahawa masalah yang ditimpa oleh masyarakat mesti diutamakan khususnya melayu.

Beliau berkata, kita ingin negara kita dihormati dan dipandang tinggi oleh seluruh dunia dan tidak mahu agama kita dicemar ataupun dihina oleh sesiapa.

 

 


Tag: