• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Dr Sam Tak Umum Bonus Penjawat Awam, Elak Kesalahan PRK

KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan Terengganu tidak mengumumkan sebarang bonus bagi penjawat awam dalam Belanjawan 2024 tahun ini bagi mengelakkan berlaku kesalahan dan ketidakadilan.

Walau bagaimanpun Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kadar bonus tu akan dimaklumkan sebaik urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman selesai.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penjawat awam di Negeri Terengganu yang sama-sama menggerakkan agenda negeri.

"Walau bagaimanapun, kadar bonus penjawat awam tidak dapat diumumkan dalam ucapan belanjawan pada hari ini. 

"Insya-Allah, setelah selesai urusan saya, kadar bonus akan dimaklumkan secara pentadbiran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanjawan 2024 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama bonus penjawat awam tidak diumumkan dalam pembentangan Bajet 2024 Terengganu.

Semalam Kedah mengumumkan kerajaan negeri akan memberikan bonus penjawat awam bernila RM2,000.

Manakala Kelantan turut mengumumkan bonus dengan nilaian sama minggu lalu.


Tag: