• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Dua Pelajar Sekolah Agama Dungun Berjaya Hafal 30 Juzuk

DUNGUN, 6 Disember - Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk hari ini di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, SMASID.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang mengucap tahniah kepada dua pelajar  tingakatan lima dan empat iaitu Muhammad Faiz Zulmahdi dan Mueez Naufal Mahadi diatas kejayaan menghafal Al-Quran 30 juzuk.

"Kejayaan ini sangatlah bermakna kerana SMASID yang merupakan sekolah harian dan tidak berasrama penuh berjaya melahirkan hufaz," katanya. 

Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. 

"Syabas kepada ibubapa dan warga pendidik kerana berkat sokongan, dorongan dan doa kalian dapat melahirkan generasi Al-Huffaz di bumi SMASID ini," katanya ketika ditemui media hari ini.
 
Beliau turut berharap agar kejayaan tersebut akan menjadi pendorong kepada pelajar lain.

"Jadikan kejayaan ini penyuntik semangat dan sumber inspirasi buat kalian untuk meraih kejayaan bersama. 

" Sesungguhnya ia bukanlah sesuatu pengakhiran, bahkan ia menjadi satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul agar Al-Quran terus terpelihara dalam dada.

"Semoga berkat Al-Quran dalam dada kalian menjadi insan yang bermanfaat untuk umat dan agama,* tambah beliau.


Tag: