• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

DUN Batu Buruk Agih 1,200 Kilogram Daging Korban

KUALA TERENGGANU, 22 Julai – Sebanyak 1,200kg daging korban telah diagihkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebanyak tujuh ekor lembu 'ditumbangkan' termasuklah sumbangan daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

"Dianggarkan kira-kira 2400 orang dalam DUN ini akan menerima agihan daging korban ini.

“Semoga urusan ini dipermudahkan dan diterima amalan oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu turun ke Program Korban Perdana DUN Batu Buruk yang diadakan di Kg. Bukit Depu dan Kg. Raja Baran, Chendering, semalam.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Program tersebut telah dijalankan dengan jumlah petugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

 


Tag: