lightning-solid
Berita :
ECRL Dimanfaat Sebagai Pintu Eksport Pertanian
ECRL Dimanfaat Sebagai Pintu Eksport Pertanian
Adli Mohamad
19 Nov 25
704

DUNGUN, 19 November - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi dijadikan aktiviti perdagangan terutamanya bagi mengeksport produk-produk dari negeri ini termasuk hasil pertanian dan perikanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato' Dr Azman Ibrahim berkata, selama ini Terengganu memiliki keterbatasan untuk mengeksport produk sendiri sehingga tidak mampu untuk meraih keuntungan semaksimun mungkin.

"Sebagaimana yang saya jelaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini antara keterbatasan kita ialah apabila tidak ada 'exit and entry point', pintu keluar dan masuk.

"Walaupun produk kita memasuki pasaran eksport seperti Nanas MD2, Melon Manis Terengganu, hasil perikanan seperti Ikan Siakap, Ikan Kerabu Hibrid, termasuk hasil sumbangan marin kita, memasuki pasaran eksport.

"Kerana kekurangan yang kita memiliki  menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita tidak mampu melojak kerana tiada eksport melalui pintu keluar masuk sendiri, yang ada terletak di negeri lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), setelah mengadakan lawatan perusaan Nanas Varieti Sarawak Gold (SG1) di Ladang Nanas Tabir Arena, di Tok Kah, Jerangau, semalam.

IMG-20251118-WA0135.jpg 181.08 KB

Mengulas lebih lanjut, Dr Azman berkata, dengan adanya ECRL dan adanya Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)  di beberapa stesen kargo akan dimanfaatkan untuk aktviti eksport bagi menjana keuntungan serta pendapatan untuk negeri ini dan memastikan rakyat menerima manfaat.

"Sebagaimana yang saya sebut dalam Sidang DUN antara jawapan saya ialah menjadikan Dungun dan Chukai (Kemaman) antara stesen untuk kita manfaatkan sebagai kargo, yang menjadi tumpuan sudah tentu sekali hasil pertanian kita," jelas beliau.


Tag :

Artikel Berkaitan