lightning-solid
Berita :
Fahami Isu Buli Dari Perspektif Islam
Fahami Isu Buli Dari Perspektif Islam
Amiirullah Mansor
19 Nov 25
169

DUNGUN, 19 November – Isu buli bukan fenomena baharu, malah telah wujud sejak zaman terdahulu, demikian jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat. 

Mengulas perkembangan semasa gejala buli yang semakin membimbangkan, beliau menjelaskan bahawa Islam telah lama menyediakan panduan tentang cara membalas perbuatan dan batasannya. 

“Kalau orang bersyair, kita balas dengan syair. Kalau dia berkhutbah, jawab dengan khutbah. Kalau dia bertindak kasar, kita dibenarkan mempertahankan diri mengikut kadar yang setimpal. Tetapi dalam semua keadaan, sifat sabar tetap lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Forum Anti Buli di Dewan Besar Darul Bayan, Pinang Merah, pada Ahad.  

580534228_1382638963224753_8916930819027078589_n.jpg 629.27 KB
Jelasnya, masyarakat perlu sedar bahawa buli bukan hanya melibatkan serangan fizikal, sebaliknya turut merangkumi emosi dan mental. 

“Buli ini bukan perkara baru. Dulu pun berlaku, cuma orang tak panggil ‘buli’. Dalam sejarah isteri-isteri Rasulullah pun pernah berlaku sindiran dan perli yang menyakitkan — itu juga satu bentuk buli emosi. 

 Islam ajar kita balas sekadar perlu, tapi sabar tetap pilihan yang paling mulia,” tambahnya. 


Tag :

Artikel Berkaitan