• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 Sasar Lebih 20 Ribu Pengunjung

KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 mensasarkan lebih 20,000 pengunjung ke program yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 Disember 2023.

Pengarah Programnya,  Tuan Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata penganjuran festival yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan sembilan buah anak syarikat Kumpulan PMINT iaitu Pertima, Permint Mineral, Permint Granite, TADC, Taman Tamadun Islam, Cas Ligas, P-EXCELL, PMINT Urus dan Paya Bunga HOTEL.

“Sepanjang tiga hari ini orang ramai  akan disajikan dengan pelbagai acara menarik yang telah disusun bagi meriuhkan suasana di tengah bandar dan ianya pasti akan menjadi tumpuan para pengunjung untuk hadir. 

“Antara acara yang disusun adalah Hot Wheels  Tournament, MonsoonFun Walk, Bicara Murabbi, Foodtruck dan Pesta Makan. 

“Kumpulan PMINT sendiri juga akan menawarkan pelbagai pengisian menarik mengikut syarikat masing-masing,“ katanya ketika berucap di majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama , turut dilaksanakann pelancaran  label baru PERTIMA yang telah lama bertapak sejak penubuhan syarikat pada tahun 1972 . 

Beliau yang juga  Pengurus Besar PERTIMA Trengganu Sdn Bhd, berkata dengan penglabelan baru tersebut, ia akan  memberi nafas baru kepada PERTIMA untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran yang baik di peringkat global.