• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

'Food Bank' YaPEIM 2.0 : 490 Pelajar PSMZA Terima Manfaat

DUNGUN, 24 Oktober - Seramai 490 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) daripada kalangan B40 akan mendapat manfaat daripada Program 'Food Bank YaPEIM 2.0'. 

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) PSMZA, Yaswadi Mat Yasim berkata program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama jabatan tersebut diadakan sebanyak 12 siri secara berjadual sehingga akhir tahun 2020.

"Program pagi ini telah mengagihkan bungkusan makanan 'ready to eat' kepada para pelajar oleh Timbalan Pengarah Akademik, Mohyiddin Salleh, bersama Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu, Puan Kartina Ahmad.

“Kita sangat mengalu-alukan badan-badan berkanun serta Badan Bukan Kerajaan(NGO) sebagai rakan strategik dan kolaborasi untuk mengadakan program seumpama ini yang memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar PSMZA,” ujarnya

Yaswadi ditemui di majlis berkenaan yang telah diadakan di perkarangan kantin politeknik itu baru-baru ini.


Tag: