• 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445

Giliran 160 Rakyat DUN Rantau Abang Terima Geran RTB

Oleh : Wan Al Affan Bassam Wan Manam

DUNGUN, 24 November - Kini tiba giliran 160 rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang menerima dokumen hak milik geran kekal setelah masing-masing menjelasakn bayaran Borang 5A.

ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, mengikut jumlah sebenar masih ada sebahagian lagi masih belum menyelesaikan bayaran bagi mendapatkan geran berkenaan disebabkan faktor ekonomi semasa.

"Saya meminta kepada penerima Borang 5A ini untuk menyelesaikan bayaran dengan sedaya upaya, berusaha untuk menjelaskan bayaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Doukumen,  RTB bagi tapak kediaman dan pertanian, di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun, di sini, kelmarin.

Turut hadir, ADUN Mantan Rantau Abang, Alias ​​Harun, Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Penolong Pentadbiran Tanah, Nasran Abd Halim.

Mengulas lebih lanjut, Fadhli berkata seramai 160 penerima itu melibatkan 95 orang RTB ByPass Batu Tiong, 38 pula merupakan penerima geran RTB Pertanian Belakang Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Padang Pulut, penerima RTB Kampung Wa Sejahtera pula seramai 18 orang.

Selebihnya tujuh orang menerima geran RTB Batu Putih dan dua orang merupakan penerima geran hakmilik RTB Pengkalan Jering.

Dalam pada itu, Fadhli berkata pihaknya akan memastikan penerima RTB Tapak Kediaman akan cuba berusaha sedaya upaya bagi memenuhi hasrat memiliki rumah idaman masing-masing.

"Insya-Allah akan berusaha untuk memohon peruntukan bagi keperluan infra bagi memenuhi hasrat peneima geran untuk membina rumah kediaman,''ujarnya.