• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Guru Adalah Ibu Bapa Di Sekolah

Mohd Fazil menyampaikan kek kepada pihak sekolah.
Oleh: Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 5 Mei - Guru memainkan peranan sebagai ‘ibu’ dan ‘bapa’ kepada pelajar-pelajarnya di sekolah.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab menyifatkan tugas guru bukan sekadar mengajar, tetapi lebih daripada itu.

"Guru banyak membantu urusan di sekolah dalam pelbagai aspek. Contohnya, apabila ada pelajar sakit, gurulah yang hantar anak-anak kita ke klinik walaupun ia bukan tugas hakiki mereka,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman selepas pembahagian kek ke sekolah-sekolah di DUN Seberang Takir, baru-baru ini.

Sebanyak 36 biji kek telah dibahagikan kepada semua sekolah kerajaan dan swasta seperti sekolah menengah, sekolah rendah, Tadika dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sempena Hari Guru 2019.
Sumbangan kek ke sekolah-sekolah wujudkan hubungan baik masyarakat dan guru.
Turut serta dalam program agihan ini ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang serta muslimat, pemuda dan Ameerah DUN Seberang Takir.

Mohd Fazil juga mengingatkan bahawa anak-anak banyak menghabiskan waktu mereka di sekolah berbanding di rumah.

"Anak-anak kita banyak habiskan masanya di sekolah yang bermula seawal 7 pagi sehingga habis sesi persekolahan sekitar 5 petang.

"Jadi, amat penting bagi ibu bapa menyokong dan saling bekerjasama dengan guru untuk kesejahteraan pendidikan anak-anak," katanya lagi.


Tag: