• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Hanafiah Ringan Beban Pihak Sekolah

KEMAMAN, 10 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menyerahkan sumbangan sebuah projektor, layar dan 'printer' kepada pihak Sekolah Kebangsaan Seri Geliga (SKSG), semalam.

Penolong Kanan Pentadbiran SKSG, Mohd Nazri Nordin bersyukur ke hadrat Ilahi di atas sumbangan yang diterima itu.

"Mewakili Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SKSG, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat kerana sudi memberikan sumbangan ini kepada pihak sekolah.

"Bagi kami sumbangan ini amat bermakna bagi memastikan kemenjadian murid pada masa akan datang. Semoga hubungan antara pihak sekolah bersama Pejabat DUN Cukai akan berterusan," ujarnya.

"Beliau turut memaklumkan sejak akhir-akhir ini peruntukan untuk pihak sekolah sedikit kurang, namun dengan sumbangan seperti ini mampu meringankan beban pihak sekolah dalam menguruskan hal-hal berkaitan sekolah ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai, Abdul Hafiz Ghazali.

 

 


Tag: