• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MARANG, 17 Oktober – Harga ikan menunjukkan penurunan di Terengganu meskipun menjelang musim Tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya mendapati bahawa musim tengkujuh menunjukkan tangkapan ikan meningkat.

Katanya, tangkapan itu meningkat bermula bulan September, Oktober dan November.

“Musim ini ikan dari perairan laut dalam akan hampir ke kawasan pesisir pantai.

“Banyak spesies ikan yang biasa ditemui apabila nelayan perlu melalui perjalanan 10 jam.

"Sekarang, mereka hanya perlu pergi pada 3 hingga 4 jam sahaja telah menemui spesies ikan laut dalam yang sama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Program X-To-Reef di Perairan Pulau Kapas bertempat di jeti pelancongan Marang di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat.

Tambah Dr Azman, pihaknya sangat menitikberatkan supaya tidak berlaku kaedah tangkapan yang merosakkan sumber di kawasan pesisir pantai pada musim tengkujuh.

Untuk rekod, kadar pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu (KDNK) dalam sektor perikanan meningkat sebanyak 9.9 peratus.

Data dan fakta juga menunjukkan peningkatan dari segi pendaratan hasil laut pada setiap tahun di negeri ini.

 

 

 


Tag: