• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Ibadah Qurban Eratkan Ukhwah



Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 11 Ogos- Ibadah Qurban bukan sahaja menyahut seruan Ilahi,bahkan juga dapat mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat .

Penyelaras Parlimen Besut,Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor hari ni buat pertama kalinya selepas memegang jawatan sebagai Penyelaras Parlimen menganjurkan Qurban Perdana bertempat di Kompleks Pendidikan Annur Besut,Kampung Alor Belanga Jertih sebanyak 10 ekor lembu.

"Alhamdulillah, Qurban Perdana anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen berjaya dengan jayanya dengan kehadiran masyarakat setempat dan dari luar daerah,"ujar beliau ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.

Turut hadir,Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Belanga dan MPKK berdekatan bagi menjayakan program tersebut.

Katanya, selain melakukan ibadah qurban. pihaknya juga mengadakan jamuan rakyat selepas selesai kepada semua yang hadir.

"Alhamdulillah,sebanyak 10 ekor lembu dapat dibuat qurban tahun ini secara gotong royong bersama orang kampung dan pada tengahari ini dapat diadakan jamuan rakyat kepada tetamu-tetamu yang hadir.

"InsyaAllah program seperti ini akan diadakan bagi tahun-tahun seterusnya memandangkan sambutan yang amat baik dari masyarakat sekitar," ujar beliau lagi.

Tambah Dr. Riduan, sehari sebelum Hari Raya, pihaknya telah menganjurkan Program Berpuasa Hari Wukuf dan mendapat sambutan masyarakat sekitar dengan majlis berbuka.

"Ini termasuklah ceramah khas wukuf  pada jam enam petang yang disampaikan oleh Ustaz Nik Roslan Nik Mohamad,Ketua Urusan Ulama Besut," katanya.


Tag: