Jalur Gemilang
Berita :
Aqesa NB Juara Kejohanan Alamanda Bola Jaring Piala Isteri YB Parlimen Dungun
Aqesa NB Juara Kejohanan Alamanda Bola Jaring Piala Isteri YB Parlimen Dungun
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
12 jam yang lepas
56

DUNGUN, 17 September– Pasukan Aqesa NB dari DUN Paka muncul juara Kejohanan Alamanda Bola Jaring Piala Isteri Parlimen Dungun yang berlangsung di Masterscaff Indoor, Paka.

Kejohanan yang disertai enam pasukan itu menyaksikan penyertaan dua pasukan dari DUN Paka, dua pasukan dari DUN Sura, serta masing-masing satu pasukan dari DUN Rantau Abang dan DUN Bukit Besi.

Aqesa NB dinobatkan sebagai juara, manakala Bagar NC dari DUN Sura meraih naib juara. Tempat ketiga pula menjadi milik Phoenix Queen, juga dari DUN Sura.

Ahli Parlimen Dungun, Dato' Wan Hassan Mohd Ramli, turut hadir merasmikan majlis penutup kejohanan. Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh isteri beliau, To' Puan Siti Zaliha Mohd.

Dalam ucapan perasmian penutup, Dato' Wan Hassan merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung.

“Semoga program seperti ini terus mendapat sambutan dan dapat melahirkan lebih ramai atlet wanita yang berpotensi serta berdaya saing,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ameerah Dungun serta seluruh jawatankuasa penganjur, para pengadil, urus setia dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan berkenaan.

Dalam pada itu, satu pasukan terbaik dari Dungun akan mewakili daerah Dungun ke Kejohanan Alamanda Bola Jaring Piala Isteri YAB Menteri Besar Terengganu.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan