lightning-solid
Berita :
BERSATU Cetus Kemelut Dalam PN, Nasib Dalam Gabungan Tunggu Mesyuarat
BERSATU Cetus Kemelut Dalam PN, Nasib Dalam Gabungan Tunggu Mesyuarat
Mohd Irsyadi Abu Bakar
10 jam yang lepas
94

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Pengerusi Perikatan Nasional, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tan Sri Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkenaan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sama sekali tidak bencanggah dengan kenyataannya.

"Apa yang disebut oleh Tan Sri Tuan Guru itu adalah beberapa isu-isu yang timbul akibat daripada yang dilakukan oleh BERSATU. Itu tidak salah, memang betul sekali.

"Apa yang saya nyatakan semalam, saya sebut secara spesifik semalam 'pada hari ini, pada 9hb Ogos' setakat ini mereka masih lagi dalam dalam Perikatan Nasional.

"Jadi apa yang berlaku esok lusa, itu bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan nantilah," jelasnya sambil menyatakan bahawa tarikh mesyuarat belum ditetapkan lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Renjer Sedunia Tahun 2026 peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya, isu berkenaan adalah isu dalam muafakat Perikatan Nasional, jadi ada kaedah-kaedah undang-undang peraturan dalam Perikatan Nasional yang perlu diikuti.

"Saya rasa yang paling besar yang akan kita bincang ialah untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin akan berlaku dalam waktu yang terdekat ini. 

"Bergantung kepada apa tu permintaan daripada ahli-ahli mesyuaratlah. 

"Pelbagai parti. Bukan keputusan PAS seorang dan keputusan saya sebagai pengerusi Perikatan Nasional.

"Sekiranya ada sebarang aduan daripada ahli mesyuarat, perkara itu akan dibincangkan dan dibuat keputusan," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan